Namun begitu, cabaran dalam merealisasikan perubahan paradigma daripada  pembangunan berasaskan amal/kebajikan (Charity Base) kepada asas hak (Right base) masih lagi menjadi cabaran besar kerana rata-rata masyarakat dan komponen/entiti yang membentuk kerajaan masih lagi dipengaruh oleh corak gaya fikir “Charity Base”

Konvensyen OKU Kebangsaan 2019 titik beratkan “Right Base”

Malaysia telah melangkaui usia sedekad dalam usaha memposisikan pembangunan orang kurang upaya (OKU) bertunjangkan asas pendekatan hak (rights based) bermula dengan menandatangani Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) pada tahun 2008.  Pada tahun yang sama, Akta OKU 2008 telah diperkenalkan serta dikuatkuasakan.  Di peringkat rantau Asia Pasifik pula, Malaysia sekali lagi telah terlibat secara langsung dalam membangunkan satu lagi dokumen yang bersifat perundangan/pembangunan untuk dekad kedua yang dikenali sebagai Incheon Strategy; “Make The Right Real” bermula tahun 2013 dan berakhir pada 2022.

Atas segala komitmen yang telah ditunjukkan ini, Malaysia telah mengorak langkah yang agak ke hadapan dalam usaha membangunkan komuniti OKU dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif samada dalam bentuk dasar/polisi dan program pembangunan berasaskan pendekatan hak sepertimana yang disarankan dalam Akta OKU 2008, Incheon Strategy dan  Konvensyen Hak OKU.  Antara pencapaian tersebut termasuklah pengenalan sebuah majlis berkaitan hal-ehwal OKU iaitu Majlis Kebangsaan Bagi OKU (MKBOKU), Sistem Maklumat OKU (SMOKU, Manual Audit Akses, MS1184, Latihan Kesaksamaan Ketidakupayaan (DET), latihan dan perkhidmatan Job Coach dan pelbagai lagi. Dalam usaha merealisasikan Incheon Strategy, Malaysia juga telah melancarkan Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya 2016-2022 yang mengambilkira dan mengadaptasi kesemua strategi yang terkandung dalam dokumen pembangunan ini.

Gelombang dan kepesatan pembangunan OKU berasaskan hak ini bukan saja diperkasakan di peringkat kerajaan persekutuan.  Malahan, usaha ini turut disemarakkan di peringkat negeri yang mana negeri Selangor merupakan salah satu negeri yang terawal dalam memperjuangkan hak bagi hal ehwal pembangunan komuniti OKU.  Ini terserlah dengan wujudnya satu majlis di peringkat kerajaan negeri yang dikenali sebagai Majlis Tindakan OKU Selangor (MTOS).  Namun begitu, cabaran dalam merealisasikan perubahan paradigma daripada  pembangunan berasaskan amal/kebajikan (Charity Base) kepada asas hak (Right base) masih lagi menjadi cabaran besar kerana rata-rata masyarakat dan komponen/entiti yang membentuk kerajaan masih lagi dipengaruh oleh corak gaya fikir “Charity Base”.  Malahan, strategi pembangunan secara kerjasama merentasi sector masih tidak berlaku secara holistik yang mana isu OKU masih dilihat berlegar dalam perspektif amal/kebajikan.

Ekoran ini, sudah tiba masanya suatu usaha refleksi dan usaha untuk menyuburkan pemahaman pembangunan “Right Base” ini perlu dilakukan bagi memeta dan menilai semula pencapaian setakat hari ini serta kelompangan-kelompangan yang perlu diatasi demi meneruskan agenda perangkuman OKU dalam segenap aspek kehidupan merentasi pelbagai sektor/displin.  Sehubungan itu, satu konvensyen dikenali sebagai Konvensyen OKU Kebangsaan (KOKU) 2019 telah dicadangkan untuk dilaksanakan yang mana penganjuran konvensyen ini adalah antara inisiatif untuk mewujudkan ruang refleksi bagi mencapai hasrat tersebut bagi membolehkan Malaysia benar-benar bersifat inklusif untuk semua yang mana ini selaras dengan gagasan Malaysia baru yang menekankan elemen inklusiviti.

1 Comment

Join the discussion and tell us your opinion.

Yllireply
March 14, 2015 at 2:10 pm

Nah, that’s not the right post!

Leave a reply