Selamat Datang Pelajar Baharu ke UNISEL

Pendaftaran Pelajar Baharu Universiti Selangor (UNISEL) bagi kemasukan November 2019 hari ini berlangsung dengan jayannya di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Majlis pendaftaran pelajar yang bermula pada jam 9.00 pagi itu menyaksikan pelajar-pelajar dari seluruh Malaysia hadir mendaftar bagi program pengajian di peringkat Diploma dan Sarjana Muda.

Bagi pengajian di peringkat pascasiswazah pula, pendaftaran berlangsung di Pusat Pengajian Siswazah, UNISEL Kampus Shah Alam.

Rata-rata pelajar baharu yang mendaftar pada hari ini memberi respon positif mengenai proses pendaftaran selain bersemangat untuk memulakan program pengajian mereka di UNISEL.

Ibu bapa yang hadir juga turut berpuas hati dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan di UNISEL baik dari aspek pengurusan mahupun fasiliti yang tersedia.

UNISEL yang ditubuhkan hampir dua dekad ini merupakan universiti pertama milik penuh Kerajaan Negeri Selangor. Pelbagai projek transformasi universiti telah dijalankan sepanjang tiga tahun pentadbiran Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor yang ketujuh.

Menerusi projek Transformasi, pelbagai kemudahan telah dibaik pulih dan naik taraf antaranya kolej kediaman, fakulti, masjid, pintu gerbang, pusat sukan dan tasik UNISEL di kedua-dua kampus baik Bestari Jaya mahupun Shah Alam.

3 Comments

Join the discussion and tell us your opinion.

Johnreply
March 14, 2015 at 1:51 pm

Love the new jeans. Could have fun choosing which ones i cant live without.

Artreply
March 14, 2015 at 1:52 pm
– In reply to: John

Yep, its absolutely amazing!!!

Yllireply
March 14, 2015 at 1:52 pm

Great shot, I’m waiting for the whole album.

Leave a reply