UNIT BANTUAN KEWANGAN

Pengenalan

Unit Bantuan Kewangan (UBK) merupakan salah satu unit di dalam Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP) yang menjalankan tadbir urus berkaitan tajaan pendidikan pelajar di Universiti Selangor (UNISEL) bagi peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

 

Fungsi

  1. Menyediakan dan membuat hebahan senarai tawaran tajaan pendidikan pelajar (Diploma dan Ijazah);
  2. Menyelaras perihal tajaan pendidikan pelajar dan pengesahan status akademik pelajar berpenaja;
  3. Menyelaras aktiviti pengumpulan dokumen perjanjian PTPTN;
  4. Menjadi pemudahcara pelajar dengan memberi nasihat dan penerangan berkaitan tajaan pendidikan; dan
  5. Mengurus hal-hal berkaitan tajaan pendidikan pelajar.

Jenis-jenis Tajaan Pendidikan

1. Pinjaman

  • merupakan bantuan kesebagaimana dinyatakan dalam terma dan syarat pinjaman yang ditetapkan selepas tamat tempoh tajaan.
  • *pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN sekiranya pelajar bergraduat dalam tempoh pengajian yang ditetapkan bagi Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama (Sepenuh Masa) serta mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. Permohonan yang lengkap perlu dikemukan kepada pihak PTPTN dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pengijazahan.  Pelajar perlu rujuk Pejabat Pendaftar UNISEL untuk keterangan lanjut.

            contohnya:  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

            https://www.ptptn.gov.my/ 

 

  1. Biasiswa
  • merupakan bantuan kewangan pendidikan yang diberikan kepada pelajar yang layak dan telah diluluskan oleh pihak penaja.

–   lazimnya tajaan kewangan pendidikan bagi biasiswa tidak perlu dibayar balik selepas tamat tempoh tajaan.

    contohnya:  Biasiswa Karangkraf (Kumpulan Media Karangkraf)

    https://www.karangkraf.com/biasiswa-karangkraf/

 

  1. Lain-Lain Pembiayaan
  • bantuan kewangan pendidikan selain pinjaman pendidikan dan biasiswa; contohnya seperti yang ditawarkan oleh Pusat/Lembaga Zakat Negeri.
  • permohonan bagi pembiayaan ini boleh dilakukan secara dalam talian dan lazimnya dibuka sepanjang tahun.

     https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/

 

  1. Bantuan Khas
  • Unit Zakat dan Sedeqah, Pusat Islam UNISEL ada menawarkan Skim Bantuan Makanan dan Wang Saku kepada para pelajar yang layak khususnya bagi pelajar yang kurang berkemampuan walaupun telah mempunyai tajaan atau tiada tajaan.
  • lazimnya bantuan kewangan ini diberikan satu kali setahun.
    http://pusatislam.unisel.edu.my/

Fungsi

  1. Menyediakan dan membuat hebahan senarai tawaran tajaan pendidikan pelajar (Diploma dan Ijazah);
  2. Menyelaras perihal tajaan pendidikan pelajar dan pengesahan status akademik pelajar berpenaja;
  3. Menyelaras aktiviti pengumpulan dokumen perjanjian PTPTN;
  4. Menjadi pemudahcara pelajar dengan memberi nasihat dan penerangan berkaitan tajaan pendidikan; dan
  5. Mengurus hal-hal berkaitan tajaan pendidikan pelajar.

Staf

EN. SAHRUNNIZAR

EN. SAHRUNNIZAR

Penolong Pendaftar

Kampus Bestari Jaya & Shah Alam

EN. MOHD MAHYUDDIN

EN. MOHD MAHYUDDIN

Pembantu Tadbir

Kampus Bestari Jaya

Hubungi Kami

Telefon pejabat

Kampus Shah Alam : 03-5522 3521

Kampus Bestari Jaya : 03-3280 5039 

Email : hep_sa@unisel.edu.my