13
SEP
2016

Permohonan PTPTN

 

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR YANG AKAN MEMBUAT

PERMOHONAN ONLINE PTPTN PADA SEMESTER INI

 

BERIKUT ADALAH PERKARA PENTING UNTUK MAKLUMAN ANDA :

  1. TARIKH PERMOHONAN ONLINE PTPTN DIBUKA      : 01/09/2016
  2. TARIKH PERMOHONAN ONLINE PTPTN DITUTUP   : 30/09/2016
  3. JANGKAAN TARIKH KELULUSAN PERMOHONAN     : 6 HARI BEKERJA SELEPAS 30/09/2016

 

jadual proses permohonan pembiayaan ptptn secara atas talian

PELAJAR PERLU MEMASTIKAN :

  • Maklumat yang diisi di laman web PTPTN di ptptn.gov.my untuk Pendaftaran Kali Pertama adalah berdasarkan maklumat di Slip No. Pin Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dibeli
  • Maklumat yang disi di dalam Borang Permohonan Online adalah betul dan tepat sebelum menghantar (submit) Borang Permohonan Online. Kesilapan mengisi Borang Permohonan Online PTPTN boleh menjejaskan permohonan dan jumlah pembiayaan anda.
  • Tarikh Mula Pengajian di dalam Butiran Kursus Permohonan Online PTPTN :
    • Mengikut Surat Tawaran Kemasukan anda ke UNISEL atau ;
    • 01/10/2016 (Berdasarkan Julat PTPTN)
  • Permohonan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan

Berikut adalah perkara yang perlu disediakan untuk permohonan baru PTPTN :

  1. Nombor pin yang dibeli di mana -mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Alamat cawangan terdekat Bank Simpanan Nasional (BSN) :
      No. 17, Jalan Plumbum S7/s,
      Pusat Bandar Seksyen 7,
      40000 Shah Alam Selangor.
      (Berhampiran Wisma Jakel)
    • No. Tel : 03-55113936
  2. Nombor Akaun SSPN-i yang boleh dibuka di Pejabat PTPTN
    • Alamat PTPTN Cawangan Shah Alam :
      Tingkat Bawah, Menara MRCB
      No. 2 Jalan Majlis 14/10 Seksyen 14,
      40712 Shah Alam Selangor.
      (Bersebelahan Plaza Alam Sentral)
    • No. Tel : 03-55108343
  3. Nombor Akaun Bank Islam ( Akaun Individu)
    • Alamat Cawangan terdekat Bank Islam
      Ground Floor, Wisma PKPS,
      Seksyen 14, Persiaran Perbandaran,
      40675 Shah Alam Selangor.
      (Berhadapan Hotel Grand Blue Wave)
    • No. Tel : 03-55101481/1492/4509

Berikut merupakan contoh dokumen sebagai rujukan pelajar:

  1. Carta Aliran Permohonan PTPTN
  2. Kadar pinjaman PTPTN
  3. Contoh Slip No. Pin Bank Simpanan Nasional (BSN)
  4. Contoh Pendaftran Kali Pertama

Leave a Reply

*

captcha *