Feskonisel Ke-14

Get informed from the latest tech and science tutors.

Pada 30 November hingga 2 Disember yang lalu, UNISEL telah mengadakan Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) kali ke-14 bertempat di Dewan Canselor, UNISEL Bestari Jaya dengan seramai 2978 graduan. Jumlah tersebut merangkumi 1253 orang graduan yang mengikuti pengajian peringkat Diploma, 1670 orang graduan peringkat Ijazah Sarjana Muda, 31 orang graduan peringkat Ijazah Sarjana serta seramai 24 orang graduan peringkat Kedoktoran.

Konvokesyen kali ini dibahagikan kepada 5 sidang bermula dengan sidang pertama disempurnakan oleh Y.A.D. Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj selaku Canselor UNISEL dan diringi oleh Pro-Canselor UNISEL iaitu Y.A.D. Dato’ Setia Dr. Haji Anuar Haji Masduki dan Y.A.D. Tan Sri Dato’ Sri Dato’ Setia Ismail Adam.

Turut hadir pada Istiadat Konvokesyen kali ini ialah Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman. Selain itu, lebih daripada 300 jemputan kenamaan daripada pelbagai jabatan dan kedutaan hadir pada sidang pertama Istiadat berlangsung, antaranya ialah Ahli Dewan Undangan Negeri serta Parlimen di Selangor, Ketua jabatan diperingkat Kerajaan Negeri Selangor, wakil dari IPTA/ IPTS di Malaysia dan Negara seberang serta ramai lagi. 

Tutors

List of the course tutors

Ben Smith

Architecture Student

Luiza Johansson

Interior Architect

Susan Barnett

Architecture Student

Time

Everyday from 10:00 to 16:00

Location

Architecture Faculty, Main Hall.

When?

20 Sep 2016 – 03 May 2017