Majlis Ikrar Pelajar Baharu

Majlis Ikrar Pelajar Baharu November 2019

Majlis Tekad Siswa bagi pelajar baharu kemasukan November yang bermula pada 2 November 2019 telah berakhir pada 5 November 2019 yang lalu. Program yang berlangsung selama 4 hari itu diadakan untuk sesi suai kenal antara pelajar-pelajar baharu dan Pengurusan HEP. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UNISEL (Universiti Selangor).

 

Prof Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam ucapannya berkata beliau amat berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pelajar dan ibu bapa dalam menjadikan UNISEL sebagai platform untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

 

“Saya percaya dengan transformsi yang telah digapai serta kebolehan yang ada pada UNISEL ini dapat membentuk kecemerlangan kepada para pelajar. UNISEL yang juga merupakan satu-satunya universiti milik penuh kerajaan negeri bukan sahaja menawarkan yuran pengajian yang berpatutan malah menyediakan fasiliti yang lengkap setaraf institusi pengajian tinggi awam,” ujar beliau.

 

Tambah beliau lagi, untuk membentuk mahasiswa dan mahasiswi yang berketerampilan, UNISEL dibekalkan dengan tenaga pengajar yang pakar dalam bidang masing-masing sekali gus membantu dalam kecemerlangan setiap pelajar.

 

Dari segi kualiti pula, UNISEL merupakan universiti pertama di Malaysia menerima dua pensijilan serentak daripada pihak Institut Piawaian dan Penyilidikan Industri Malaysia (SIRIM) iaitu Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 dan Educational Organization Management System (EOMS) ISO21001:2018.

 

Apa yang lebih menarik, simbolik perasmian Majlis Bacaan Ikrar Pelajar Baharu November 2019 tersebut diakhiri dengan nyalaan pelita bersempena dengan sambutan Hari Deepavali yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia baru-baru ini.

Tutors

List of the course tutors

Jumlah Pelajar

300 pelajar

Susan Barnett

Architecture Student

Location

Dewan Canselor, UNISEL Bestari Jaya

When?

02 Nov 2019 – 05 Nov 2019