Slide

PANGSAPURI PELAJAR

Universiti Industri Selangor menyediakan bilik asrama yang terbaik untuk semua pelajar. Kami berusaha untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada para pelajar. Bekalan kuasa elektrik dan bekalan air disediakan di dalam bilik asrama.

Kawalan keselamatan selama 24 jam ditempatkan di kampus untuk memastikan keselamatan para pelajar. Taraf disiplin yang tinggi juga dijaga di kawasan kampus. Penyejuk dan pemanas air disediakan sebagai kemudahan para pelajar di setiap tingkat.

Dengan 44 blok pangsapuri, UNISEL boleh menampung lebih daripada 5000 pelajar pada satu masa. Bilik Single, Double dan Triple bergantung pada saiz bilik-bilik tersebut. Setiap rumah mempunyai dua bilik mandi dan dapur. Setiap pelajar disediakan dengan katil, meja belajar, rak buku dan almari.

Setiap apartmen disediakan dengan router wifi untuk memastikan internet berkelajuan tinggi untuk pelajar. Mesin layan diri makanan dan minuman juga terdapat di setiap kelompok blok.

CAFETERIA PELAJAR

Kafeteria adalah tempat pelajar berehat antara waktu kuliah. Kami percaya bahawa seorang pelajar mesti menikmati kehidupan sosial sepertimana dia menikmati kehidupan akademiknya. Kami menawarkan menu yang
pelbagai dan menyelerakan untuk memenuhi selera dan citarasa anda.
Menu terdiri daripada hidangan daripada seluruh negeri. Hidangan yang
disajikan di kafeteria kami disediakan mengikut standard kebersihan
yang sangat tinggi. Kemudahan asas di kampus kolej boleh didapati
dengan mudah tanpa perlu keluar jauh.