SKIM KESIHATAN PELAJAR (SKPU)

SKIM KESIHATAN PELAJAR

SKPU adalah gabungan daripada 2 skim iaitu:

  • Skim Kemalangan Diri Berkelompok Etiqa Takaful.
  • Skim Perubatan Pelajar UNISEL (SPPU)

Skim Kemalangan Diri Berkelompok :

Skim Kemalangan Diri Berkelompok Etiqa Takaful adalah skim yang memberikan perlindungan insurans akibat kemalangan yang meliputi :

  • Kecacatan kekal.
  • Kematian.
  • Perbelanjaan Perubatan.
  • Perbelanjaan Pengebumian

Skim Perubatan Pelajar UNISEL (SPPU)

  • Skim Perubatan Pelajar UNISEL (SPPU) adalah skim yang memberikan kemudahan rawatan pesakit luar menerusi klinik panel yang dilantik oleh Universiti.
  • Pelajar perlu membayar RM3.00 untuk setiap kali rawatan dan maksimum bil ialah RM35.00 (selebihnya pelajar perlu jelaskan).
  • Skim ini tidak merangkumi cuti semester.
  • Skim ini hanya untuk  pelajar yang berstatus AKTIF sahaja.