MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)

Pengenalan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih melalui proses pilihanraya yang diadakan di Universiti Selangor. MPP bertindak sebagai wakil pelajar dalam segala hal dan menyuarakan isi hati dan pandangan pelajar kepada sesebuah UNISEL.

Majlis perwakilan pelajar (MPP) ditubuhkan bagi membangunkan personaliti dan idea seorang pemimpin dalam kalangan pelajar. MPP dibentuk melalui pembelajaran pengurusan, kepimpinan, pelaksanaan aktiviti, etika majlis dan motivasi bagi membolehkan mereka mempunyai nilai tambah yang berbeza daripada pelajar lain. MPP berperanan membantu pihak pengurusan dalam mengenalpasti keperluan dan kebajikan para pelajar. Selain itu, MPP juga bertindak menghidupkan suasana kolej dengan pelbagai agenda dan aktiviti untuk pelajar.

Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)