Slide

Pengenalan Timbalan Naib Canselor

Dr. Hamdan bin Mohd Salleh merupakan Profesor Madya di Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial dan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti) UNISEL. Sebelum ini beliau merupakan Dekan Pusat Pengajian Asasi & Umum UNISEL selama 2 tahun 9 bulan. Di bawah pimpinan beliau, CFGS dianugerahkan Fakulti Terbaik UNISEL dua tahun berturut-turut dan 17 anugerah kecemerlangan lain.

 

Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Majlis Tindakan OKU Negeri Selangor (MTOS), Ketua Sekretariat OKU Negeri Selangor dan ahli Kluster Pendidikan Politik, Institut Darul Ehsan (IDE), Pengarah, Institut Kajian Pilihanraya dan Pemurnian Demokrasi (IESAD) dan Ahli Lembaga Pengarah Institut Wanita Berdaya (IWB).

 

Berkelulusan PhD Sains Sosial dari UNISEL mengkhusus dalam bidang perbandingan politik dan politik Oposisi. Beliau juga berkelulusan Sarjana Sastera (Sejarah Asia Tenggara) dari Universiti Malaya (UM) dan Sarjana Muda Sains Kemanusian mengkhusus Sains Politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau pemegang ijazah DBA mengkhusus Pengurusan Latihan.

 

Selain bidang asas akademik, beliau terlibat secara aktif di dalam kajian-kajian sosial berimpak tinggi terutama di negeri Selangor. Antara kajian adalah berkaitan dengan Kajian Pilihanraya, Politik Oposisi, Kajian Impak Sosial, Hak Komuniti OKU, Keperluan Latihan Guru Sekolah Agama dan Penetapan Garis Kemiskinan. Beliau juga mengetuai kajian di bawah arahan kerajaan negeri Selangor iaitu kajian impak sosial Bukit Tagar 2014 serta sebagai ketua penyelidik daerah Gombak bagi Kajian Penetapan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Selangor 2015. Beliau juga terlibat dengan pasukan penyelidik yang terlibat dengan kajian pilihanraya kecil Kajang, Permatang Pauh dan pilihanraya negeri Sarawak 2016.

 

Aktif dalam gerakan NGO berpaksi sosial dan Mengupayakan OKU sejak 1999. Memegang pelbagai jawatan dalam NGO antara lain Children of Heaven (CoH-Timbalan Presiden), Persatuan Pendidik Sejahtera Malaysia (PENDIDIK – Naib Presiden), Gerakan Mengupayakan OKU (Pengerusi) dan Grup OKU Bangkit. Selain itu, pernah memimpin beberapa NGO OKU di peringkat kebangsaan dan negeri antaranya Malaysian Advocates For Cerebral Palsy (MyCP – Presiden), Persatuan Kebajikan dan Rehabilitasi Selangor (PAKAR – Setiausaha Kehormat), Gerakan Mahasiswa Fasilitasi OKU (G-FO – Penasihat) serta Komuniti Integrasi Selangor (KIS – Setiausaha).

 

Hasil penglibatan aktif dalam NGO dan komentar politik, Dr Hamdan dijemput menjadi tetamu dalam pelbagai media massa. Wawancara, komentar dan penulisan tersiar di dalam media utama antaranya Selangorkini, TV Selangor, Sinar Harian, TV Sinar, Kini TV, Malaysiakini, TV Al-Hijrah, Astro Oasis, TV8, TV3, DBP, NST dan The Malay Mail.

 

Antara penulisan beliau adalah Politik Islam Patani (AFR, 2010), International Politics and the Muslim World (OUM, 2014), Hannah – Inspirasi Syurga (DBP, 2015), Disability Is Ability (CDFS/Psych-Inc, 2016).