Unit Pentadbiran dan Disiplin

Pengenalan

Unit Residen dan Disiplin mula ditubuhkan pada 1 Julai 2002 dan diketuai oleh Pengarah, Hal Ehwal Pelajar.  Seperti universiti lain, UNISEL turut melalui beberapa siri perubahan setanding 15 tahun penubuhannya. Seiring dengan perubahan semasa, unit ini telah dijenamakan semua menjadi Unit Pentadbiran dan Disiplin pada 1 Julai 2010. Unit Pentadbiran dan Disiplin diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang diketuai oleh Naib Presiden / Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar. Beroperasi bagi kedua-dua kampus iaitu di Kampus Bestari Jaya dan Kampus Shah Alam.

Objektif

  • Menyelaras dan melaporkan sistem pergerakan staf agar operasi pentadbiran jabatan berjalan lancar.
  • Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang selengkapnya kepada semua staf dalam memberi keselesaan dan memudahkan proses kerja setiap unit / pusat.
  • Memberi perkhidmatan kepada pelajar berkaitan prosedur disiplin, mahkamah perbicaraan dan mahkamah rayuan.
  • Menjadi perantara dan medium utama dalam menghubungkan semua unit / pusat di Hal Ehwal Pelajar khususnya dan fakulti serta jabatan umumnya.
  • Mendidik semua mahasiswa/i untuk memahami dan mematuhi peraturan universiti.