UNIT TAJAAN PENDIDIKAN (UTP)

Pengenalan

Unit Tajaan Pendidikan (UTP) merupakan salah satu unit di Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP) yang menjalankan tadbir urus berkaitan tajaan pendidikan pelajar di Universiti Selangor (UNISEL) khususnya bagi peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Fungsi

  1. Menyediakan dan membuat hebahan senarai tawaran tajaan pendidikan pelajar (Diploma dan Ijazah);
  2. Menyelaras perihal tajaan pendidikan pelajar dan pengesahan status akademik pelajar berpenaja;
  3. Menyelaras aktiviti pengumpulan dokumen perjanjian khususnya PTPTN;
  4. Menjadi pemudahcara pelajar dengan badan penaja yang berfungsi memberi nasihat dan penerangan; dan
  5. Mengurus hal-hal berkaitan tajaan pendidikan pelajar.

Keterangan Mengenai Tajaan

Tajaan pendidikan ialah pembiayaan pendidikan yang pelajar terima khususnya untuk membayar yuran pengajian Universiti. Dua (2) jenis tajaan pendidikan yang utama adalah pinjaman dan biasiswa. Selain itu, terdapat lain-lain pembiayaan dan bantuan khas yang disediakan kepada para pelajar yang layak mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

1. PINJAMAN
– merupakan jumlah kewangan yang pelajar bersetuju dan terima mengikut terma dan syarat pinjaman yang ditetapkan oleh pihak penaja.
– contohnya: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) SSPN PRIME/SSPN-i 15D/Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 12D /Nombor pin PTPTN 6D
  https://www.ptptn.gov.my/

2. BIASISWA
– merupakan jumlah kewangan pendidikan yang pelajar layak terima setelah diluluskan oleh pihak penaja.
– contohnya: Biasiswa Karangkraf (Kumpulan Media Karangkraf)
  https://www.karangkraf.com/biasiswa-karangkraf/

3. LAIN-LAIN PEMBIAYAAN
– merupakan jumlah kewangan pendidikan selain pinjaman pendidikan dan biasiswa; contohnya seperti yang ditawarkan oleh Pusat/Lembaga Zakat Negeri.
– permohonan bagi pembiayaan ini boleh dilakukan secara dalam talian dan lazimnya dibuka sepanjang tahun.
  https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/

4. BANTUAN KHAS
– Unit Zakat dan Sedeqah, Pusat Islam UNISEL ada menawarkan Skim Bantuan Makanan dan Wang Saku kepada para pelajar beragama Islam yang layak khususnya       bagi pelajar yang kurang berkemampuan walaupun telah mempunyai tajaan atau tiada tajaan.
–  lazimnya bantuan khas ini ditawarkan dan diberikan sekali sahaja dalam tempoh setahun.
   http://pusatislam.unisel.edu.my/

*semua tajaan pendidikan adalah tertakluk kepada terma dan syarat penaja.

 

Senarai Tajaan

 

Alternatif; Medium komunikasi bersama UTP adalah melalui Whatsapp Call atau Whatsapp Chat berikut:-

 

Tatacara Permohonan PTPTN

4 Langkah Pendaftaran myPTPTN

9 Langkah Proses Permohonan Pinjaman Baru

Panduan Permohonan & Terima Tawaran Pinjaman PTPTN Melalui Aplikasi Web myPTPTN

Staf

EN. SAHRUNNIZAR

EN. SAHRUNNIZAR

Penolong Pendaftar

Kampus Bestari Jaya & Shah Alam

EN. MOHD MAHYUDDIN

EN. MOHD MAHYUDDIN

Pembantu Tadbir

Kampus Bestari Jaya

Hubungi Kami

Telefon pejabat
Kampus Bestari Jaya : 03-32805027/5026
Kampus Shah Alam : 03-55223478/3479