Universiti Selangor (UNISEL) telah mengadakan pendaftaran pelajar baharu untuk pengambilan November 2023. Ucapan tahniah diberikan kepada semua pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di Unisel. Pendaftaran pelajar telah diadakan bermula pada 16 November 2023 hingga 19 November 2023. Semasa pendaftaran pelajar pihak HEP (Hal Ehwal Pelajar), Unit Kewangan, CICT ( Pusat Maklumat, Komunikasi dan Teknologi),Fasi MTSB (Minggu Tekad Siswa Budiman) Petugas MPK, Kor Sispa, Jabatan Keselamatan, Pihak Asrama Pelajar (Residen) telah secara langsung sama-sama membantu dalam proses pendaftaran tersebut.