UNIT TAJAAN PENDIDIKAN (UTP)
Pengenalan
Unit Tajaan Pendidikan (UTP) merupakan salah satu unit di Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP) yang menjalankan tadbir urus berkaitan tajaan pendidikan pelajar di Universiti Selangor (UNISEL) khususnya bagi peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Fungsi
- 1. Menyediakan dan membuat hebahan senarai tawaran tajaan pendidikan pelajar;
2. Membuat pengesahan pelajar yang diperlukan oleh pihak penaja;
3. Menyelaras perihal tajaan pendidikan pelajar;
4. Menjadi pemudahcara antara pelajar dengan badan; dan
5. Mengurus hal-hal berkaitan tajaan pendidikan pelajar.
Keterangan Mengenai Tajaan
Tajaan pendidikan ialah pembiayaan pendidikan yang pelajar terima khususnya untuk membayar yuran pengajian Universiti. Dua (2) jenis tajaan pendidikan yang utama adalah pinjaman dan biasiswa. Selain itu, terdapat lain-lain pembiayaan dan bantuan khas yang disediakan kepada para pelajar yang layak mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Kelulusan tajaan pendidikan yang telah pelajar terima dari badan/organisasi diistilahkan sebagai penaja pengajian pelajaran pelajar. Pelajar perlu menghantar SALINAN SURAT PENGESAHAN TAJAAN (contohnya Lembaga Zakat Selangor) ke pejabat Unit Tajaan Pelajar dan Unit Kewangan Pelajar dan Kawalan Kredit, Pejabat Bendahari kecuali pinjaman PTPTN.
Permohonan berkaitan tajaan pendidikan lazimnya adalah melalui kaedah permohonan dalam talian (online). Para pelajar perlu membaca terma dan syarat tajaan pendidikan yang telah ditetapkan sebelum membuat permohonan. Pelajar tidak dibenarkan mendapat lebih dari satu penajaan pengajian pelajaran.
Tajaan pendidikan ialah pembiayaan pendidikan yang pelajar terima khususnya untuk membayar yuran pengajian Universiti. Dua (2) jenis tajaan pendidikan yang utama adalah pinjaman dan biasiswa. Selain itu, terdapat lain-lain pembiayaan dan bantuan khas yang disediakan kepada para pelajar yang layak mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Jenis-Jenis Tajaan Pendidikan
1. PINJAMAN
– merupakan bantuan kesebagaimana dinyatakan dalam terma dan syarat pinjaman yang ditetapkan selepas tamat tempoh tajaan.
– *maklumat tambahan: bagi pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN sekiranya pelajar bergraduat dalam tempoh pengajian yang ditetapkan bagi Ijazah sarjana Muda Kelas Pertama (Sepenuh Masa) serta mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan kepada pihak PTPTN dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pengijazahan. Pelajar boleh merujuk Unit Governan dan Sekretariat Universiti (UGSU), Pejabat Pendaftar UNISEL bagi keperluan ini.
– contohnya: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
– https://www.ptptn.gov.my/
2. BIASISWA
– merupakan bantuan kewangan pendidikan yang diberikan kepada pelajar yang layak dan telah diluluskan oleh pihak penaja.
– lazimnya tajaan kewangan pendidikan bagi biasiswa tidak perlu dibayar balik selepas tamat tempoh tajaan.
– contohnya: Biasiswa Karangkraf
https://www.karangkraf.com/csr/biasiswa-karangkaf/
3. LAIN-LAIN PEMBIAYAAN
– bantuan kewangan pendidikan selain pinjaman pendidikan dan biasiswa; contohnya seperti yang ditawarkan oleh Pusat/Lembaga Zakat Negeri.
– permohonan bagi pembiayaan ini boleh dilakukan secara dalam talian dan lazimnya dibuka sepanjang tahun.
– contohnya:
https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/
4. BANTUAN KHAS
– Unit Zakat dan Sedeqah, Pusat Islam UNISEL ada menawarkan bantuan kewangan dan makanan kepada para pelajar yang layak khususnya pelajar yang kurang berkemampuan walaupun telah mempunyai tajaan atau tiada tajaan.
– selain itu, Yayasan UNISEL turut menawarkan bantuan kewangan kepada para pelajar yang layak serta memerlukan. Hebahan bantuan adalah melalui portal pelajar.
– lazimnya bantuan ini diberikan satu kali setiap semester atau satu kali setahun, tertakluk kepada peruntukan.
http://pusatislam.unisel.edu.my/
Senarai Tajaan

Alternatif; Medium komunikasi bersama UTP adalah melalui Whatsapp Call atau Whatsapp Chat berikut:-
Staf

EN. SAHRUNNIZAR
Penolong Pendaftar
Kampus Bestari Jaya & Shah Alam

EN. MOHD MAHYUDDIN
Pembantu Tadbir
Kampus Bestari Jaya
Hubungi Kami
Telefon pejabat
Kampus Bestari Jaya : 03-32805027/5026
Kampus Shah Alam : 03-55223478/3479
